Tuesday 2 September 2014

My JPJ Driving Test Experience!!





JPJ Driving Test
[[12th APRIL 2011]]
Student name: Nur Syafiqah Mohd. Aazahal
No. Giliran: 15
Sesi: 3
Masa: 2.00 p.m
Kelas: D

Masa sampai: 8.30 a.m
Mendaftar di Pejabat Akademi Memandu Nilai
Diberi name tag dan sesi:3
Sepanjang berada disana, ramai yg failed bagi sesi 1 dan 2..
Ada yg repeat balik pun failed lgi.. SEDIH seyh tgok muka diorg.. T_T
Hari itu jumpa ramai kawan2 baru.. sampai makcik pregnant pon leyh jdi kawan
Kehulu kehilir ngn makcik pregnant tu.
Masa test: 2.00 p.m
Mendaftar di pondok JPJ.
Diberi taklimat.. oleh PEGAWAI JPJ yg ske wat lawak bodoh..
Scene: Kereta disusun di permulaan iaitu BUKIT. Smpai je part sape failed bukit terus pegi pondok JPJ tok sain boring yang menandakan dah failed...
Saya orang yang ke – 15.
TEST ON CIRCUIT
Kesalahan yg bernasib baik::: Bila start kete. Pas2 pegawai jerit “no.15, JALAN”.

Saya pun jalan.. smpai kt atas bukit dh berhenti.. bila nak tarik handbreak tu en.. saya tgok handbreak 2 mmg kt ATAS dah.. bermakna time jalan tadi x turunkan handbreak.. GILA tol..
NASIB BAIK la LULUS. Hikhikhiks..
TEST ON THE ROAD
Kesalahan yg sama jugak ble nak gerak gie test on the road... ble nak reverse kete 2 en.. enjin MATI sampai 2 kali!! Saya ingat dah failed dh tdi. Sampai la pegawai sebelah saya 2 ckp “Turunkan handbreak 2 dik!! Kalo x cm ne nak jln”.. ceyh,, dah berdebar abis 2..
Ramai yg failed!! Nasib baik la ade Super Senior yg bagi semangat kt saya..
*miss u guys..[iqa]. =D 

Kisah - WANITA HIASAN DUNIA

Wanita Hiasan Dunia



Alkisah, Allah memerlukan waktu yang cukup untuk menciptakan wanita. Padahal boleh saja Allah mengatakan “Kun, Fayakun”. Jadilah, maka jadi. Tetapi Allah Maha bijaksana, memberikan pelajaran dan pengajaran kepada manusia bahawa apapun yang hendak dibuat harus tersedia waktu yang cukup dan perlu proses.

Malaikat menghadap Allah dan bertanya : "ya Allah, mengapa memerlukan waktu untuk menciptakan makhluk yang bernama wanita ini?"
Allah menjawab : "apakah kamu memperhatikan seluruh keistimewaan dan seluruh sifat yang ada pada ciptaan-Ku ini? Ciptaan ini harus memiliki 200 organ yang selalu bergerak agar mampu menjalankan semua tugasnya. Ciptaan ini kelak harus mampu membuat enak segala macam makanan yang dihidangankan. Dia harus kuat mengandung anak dan sanggup melahirkan berkali-kali. Dia harus memberikan cinta yang dapat menyembuhkan sakit. Dia harus mampu melakukan segala sesuatu dengan kedua tangannya."

Malaikat terkejut dan berkata : "hanya dengan dua tangan? Ini adalah hal yang mustahil!"
Allah terus melanjutkan ciptaan-Nya. Lalu kepada Malaikat, Allah berfirman : "tunggulah sampai esok, Aku akan menyelesaikan semuanya. Tunggulah sebentar! Ciptaan ini akan segera selesai, Dia ini akan selalu dekat dengan Aku. Dia mampu menyembuhkan dirinya saat jatuh sakit. Dia mampu bekerja sepanjang hari dan malam."

Malaikat mendekati wanita yang sudah tercipta dan memegangnya, lalu bertanya kepada Allah : "Tuhan, Engkau jadikan wanita ini sangat lembut!"
Allah menjawab : "Ya, Sesungguhnya dia sangat lembut, tetapi Aku jadikan dia sangat kuat. Kamu tidak mampu menggambarkan sampai mana kekuatannya, dia mampu menanggung beban dan menahan diri untuk bersabar.”

Malaikat bertanya : "Apakah dia mampu berfikir?"
Allah menjawab : "Tidak hanya berfikir, dia pandai mengambil hati dan pandai berbicara, dia pandai berdialog dan juga berdebat."

Malaikat memegang pipi wanita itu dan merasa asing, kemudian bertanya kepada Allah : “Tuhan mengapa pipinya ranum berkilau?"
Allah menjawab : "Itu bukan semata-mata ranum dan berkilau. Disitu tersimpan airmata, dan disitu terletak banyak beban berat."

Malaikat bertanya : "Mengapa mengalirkan airmata?"
Allah menjawab : "Airmata adalah satu-satunya cara untuk melepaskan beban. Mengalirnya airmata adalah cara untuk mengungkapkan kesedihan, ketidaksenangan, pengaduan, kekecewaan, cinta, kebencian, kerinduan, kesendirian, kebahagiaan, dan segala macam rasa yang ada dalam dirinya."

Subhanallah!! Wanita adalah Maha Karya Allah yang Maha Agung. Wanita adalah karya besar Allah yang maha indah dan menawan. Wanita adalah keajaiban dunia. Lebih ajaib dari keajaiban dunia yang anda kenal. Wanita satu bentuk, beribu keajaiban yang menyertainya. 

Hebatkan wanita? Hargailah sementara mereka mengasihi kita. Semua orang tahu wanita, tetapi tidak semua orang mengerti wanita. =)

Salam Ukhuwah - WANITA

SALAM UKHWAH WAHAI SAHABATKU.......


SALAM.....
wanita solehah itu aurat dijaga,
pergaulan dipagari,
sifat malu pengikat diri,
seindah hiasan di dunia ini

keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada wajahnya,
kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya

daya penarik wanita solehah itu,
bukan terletak pada kemanisan bicaranya,
yang menggoncang iman para muslimin,
dan bukan terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah,
memujuk rayu

BUKAN ,& TIDAK SAMA SEKALI!

kehebatan wanita solehah,bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agamanya......

KISAH PENGAJARAN - Nasib Diri

nasib diri


seorang ibu yang dilahirkan dalam keluarga yang kurang berada..
mendapat ilmu pengetahuan yang sangat terhad..berkahwin dengan seorang yang juga bukan orang kaya dan tidak menamatkan pengajian diperingkat tertinggi tapi mempunyai kemahiran..
mendapat cahaya mata yang diharapkan dapat menjamin masa depan keluarga mereka..
anak itu dijaga dgn penuh perhatian dan kasih sayang..mereka cuba untuk memenuhi kehendak anak mereka namun apakan daya kesempitan hidup memaksa ibubapa itu menidakkan permintaan anak mereka..anak itu tidak dikurniakan IQ yang tinggi tapi sekadar cukup untuk tidak terlalu mengecewakan keluarga itu..anak itu mencuba sedaya upayanya untuk memberikan kesenangan kepada ibubapanya..tapi nasib tidak menyebelahi anak itu kerana apa yang diharapkan tidak dapat dia perolehi lantas ibubapanya sangat berdukacita..
ibubapanya kerap mengungkit bahawa sangat susah untuk membesarkan anak itu,sangat membebankan untuk mendewasakan anak itu,terpaksa berhutang untuk menyara anak itu..
persoalan dilontarkan kepada anak itu mengapa dia tidak boleh berusaha memberi kejayaan kepada orang tuanya..
si anak tiada jawapan kerana bagi nya dia telah memberikan yang terbaik untuk ibubapanya..
si anak binggung memikirkan bebanan orang tuanya,leteran dari orang tua nya apakah yang harus anak ini lakukan??
anak ini amat menyayangi ibubapanya,tidak mahu mengecewakan ibubapanya,berusaha untuk bhagiakan orang tua..
tapi apakan daya IQ nya tidak membantu..
salah kah anak itu tidak brrjaya??
salah kah anak itu IQ nya rendah??
mengapa harus disalah kan anak itu jika tidak mampu menemui kejayaan yang diharapkan??
mengapa harus diungkit segala yang telah diberikan kepada anak itu??bukankah anak itu amanah dan harus dijaga dgn baik dan tidak dianggap sebagai beban??
apakah yang akan terjadi kepada anak itu??
-anak itu akhirnya menjadi gila,pemikirannya terganggu kerana tertekan...
mahukah anda memiliki anak yang diharapkan membina masa depan yang lebih baik tapi gagal ditengah jalan kerana sikap anda yang tidak pernah memikirkan perasaan anak anda??
sebagai ibu bapa hargailah anak anugerah tuhan dan sebagai anak hormatilah ibu bapa,tanpa mereka tiadalah kita melihat dunia..
PENGALAMAN KEMALANGAN KALI KE-2

Date: 30.JULAI.2014(Raya ke-3)
Admit Wad: 31 Julai 2014 (3.25am)
Patient name: Nur Syafiqah Binti Mohd. Aazahal
Age: 20 years old 11 month (FEMALE)

KECEDERAAN DIALAMI:
  • ·         Patah tangan ( kiri dan kanan)
  • ·         Radius and ulna fracture
  • ·         Patah soket mata (kanan)
  • ·         Right orbital fracture (blow-out)

Operation needed:
  • ·         Plate and ORIF on right hand fracture
  • ·         Implant bones to support the fracture of eye socket
     To be CONTINUED....
     Ceritera akan bermulaa..




PENGALAMAN KEMALANGAN 1ST TIME

Pengalaman PATAH IBU JARI KAKI

Mmg sy akan story complete dari A to Z cmne pengalamn kne..

9th July 2014
Pagi tu pi keje cm bese ble, beramah mesra ngn user (keje JURUTOL kt LEKAS)
Balek keje kene pi HQ LEKAS kat kajang, supervisor kata da cek gaji utk bulan lpas da siap, so pegi laa amek dlu before balek umah.

OTW balek umah tu, cm da ad feel yg DARK gitu, otw balek dgn selambanya aq memotong lori dan yg bertentangan pon lori, so kre cm kne himpit kt tengah2 tu, fuh.. perasaan kne tu, pastu lepas plak en, tu 1st. Manusia kan, aq dengan hanya mengeluh tanpa mengucap or what else teruskan perjalanan balek. Sampai kat Desa Cempaka, aq ikut blkg satu kete ni, ttbe berhenti mendadak, mmg sesi m’brek habes habesan laa.. Aq da rse something da start tu..

Aq join company nye sukan NETBALL, so bese ptg2 ad training. Bese diorg wat kt SEMENYIH, so mmg dri NILAI ke SEMENYIH laa aq merempit. Hari tu diorg wat kt USIM sbb coach sruh wat friendly match ngn student tu.

Kol 4.50 cmtu bru aq gerak so kre da lmbt da wktu tu. Tgok abah ngn adik tgh merepair basikal kt luar, aq pon say bye2 n bertolak..

Ble da lmbt paham2 je laaa, aq bwk dlm 100km/h laa.. xlebih xkurang. Sampai je Taman Semarak,Nilai ade lori tanpa signal terus mendadak masuk ke lane aq. Da aq nk ke mana plak sebelah da ad divider, mmg kne seret laa ngn lori tu. Boleh di panggil treller sbb besar dan panjang, & kelibat lori tu mmg terus hilang.

Aq sedar 100% ble da terguling2 tgh2 jln raya tuh. Part kiri plg teruk. Sakit dier, fuhhh. Mmg x terbayang, t’pkir cmne la able kat neraka nnti. Kaki mmg da bled hbes da, pastu ad laa luka laceration je, tu pon sakit dier.

Org awam angkat pi tepi jalan. Mmg da melalak daa wktu tu, sakit wei.. Ade laa sorang akak ni, yg tgh mkn kt gerai tepi tu tolong aq, pujuk, pegang, tengok ad patah ke. Phone hancur, motor hancur, kaki hancur. 

Mmg sume hal org awam yg tolong uruskan, pastu pak cik polisi pon sampai, maybe abah kolkan siap2, last2 pakcik polis laa yg bwk pi KK Nilai.

Sampai KK Nilai, terus nurse2 cuci segala bende, ni la saat ble aq jerit taknak taknak & akak yg baik hati tu yg tolong tenangkn aq. Subhanallah sakit dier. Terus kne angkat masuk Ambulans gi HTTJ, Seremban. Dlm perjlnn mmg menangisss wei.. Sampai je ER, dr wat la ape yg patot.. siap xray sume. Pastu dduk kt ER tu tgguuuuu la. Selama lama nye. Aq smpai kol 6, kol 10 bru msuk wad. Mle2 ingt xyah masuk wad, dier cuci luka je, rpenye dr kate ade fracture ckit kt ibu jari kaki.

Masuk wad orthopaedic 2B, cuci luka LAGI, dr on call wat pape yg patot, layan je laa.. Ubat tahan sakit mmg xdpt2, aq mmg xdpt tido smpai kol 5 pagi bru tido kot

Esok paginye, dr pakar round, pe lgi decisionnye masuk wayar le. Okay mls nk cte menahan sakit lg! Susah nk tido. Yg tolong teman adik aq, last2 dier amek tisu, basahkan letak kt mata aq, alhmdulillah. Baru tido lenaa.


Esok nye, lebih kurang tengah hari baru siap2 nk pi Operation Teater (OT). Berdebar gilerr mle2. Dr. Bgtau akan masukkan wire kt ibu jari kaki yg patah tu, dier akan cuci & kuku kaki pon akan di cabut full + ad open fracture ckit kt tulang dpn, dier potong la apa lagi. Fuh. Sedar2 ad kat wad da. Ptg tu family pon dtg melawat. Esoknye, alhmdulillah boley terus discharge. Kre 4 hari ada kat wad.
THE END 

Gambar - gambar kecelakaan yg telah berlaku: 

 Phone hancur habes, da xley nk on pon wktu tu,
Hantr kedai mle2 kte cm xley diselamatkan,
Ade laa satu kedai tu kate ley betulkan.
Harga dalam RM 500++
Alhmdulillah, da okay.
 Helmet nye visor da hancur, moto pon hancur, belah belakang + belah kiri
 In emergency room (ER) yellow zone. Waktu ni nanges je, busu amek gmba bru laa nk tergelak
 Keadaan ibu jari kaki yg patah
Open fracture.
Berjaya jgk masuk wad setelah beberapa tahun di ER.

Thursday 21 August 2014

ReBORN!

Setelah hampir 4 tahun blog ini dibiarkan SEPI..
Saya memutuskan utk menukar blog ini menjadi the MAIN blog again!
MISSION start!!