Tuesday 17 May 2011

TUGAS DIPLOMA SEPARA PERUBATAN..(SPA INTERVIEW)

Juruteknologi Pergigian
Kerjaya Juruteknologi Pergigian adalah memberi penekanan di dalam aspek kesihatan pergigian. Ia memfokuskan kepada rehabilitasi pergigian serta estetik dan peralatan serta meliputi kelengkapan rawatan pergigian.

DESKRIPSI TUGAS
Juruteknologi Pergigian bertanggungjawab:
Merangka, memproses dan menghasilkan aplians prostetik, ortodontik, restoratif dan maksilofasial.
Menyelenggara dan memperbaiki alat kelengkapan rawatan pergigian.


Kejururawatan

Kerjaya sebagai seorang Jururawat adalah memfokuskan kepada memberi perkhidmatan perawatan kepada semua lapisan masyarakat. Untuk menceburi profesion ini, anda perlu mempunyai ciri-ciri penyayang , penyabar, berdisiplin dan boleh bekerjasama dengan ahli pasukan kesihatan.


DESKRIPSI TUGAS

I. Hospital
Di hospital, jururawat bertugas di wad-wad, dewan bedah, jabatan pesakit luar dan klinik-klinik pakar. Fungsi utama ialah memberi perawatan holistik kepada semua pesakit.

II.Unit Kesihatan
Di Unit Kesihatan Awam, jururawat bertugas sebagai seorang ahli pasukan kesihatan awam dalam memberi jagaan kesihatan keluarga dan perkhidmatan kesihatan awam dengan objektif untuk meningkatkan taraf kesihatan masyarakat.


Pembantu Perubatan

Bidang ini memberi penekanan dalam penyediaan perkhidmatan kuratif, promotif, preventif dan rehabilitatif pada tahap yang bersesuaian dalam program perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan di bawah pengawasan Pegawai Perubatan.




DESKRIPSI TUGAS

Berperanan memberikan perkhidmatan Primer dan Khusus dalam aspek kesihatan berikut:

i. Perkhidmatan Primer

Memberi rawatan primer dan kecemasan di Klinik Kesihatan, Jabatan Pesakit Luar, Wad dan Jabatan Kecemasan di Hospital-hospital.

* Membuat pemeriksaan saringan ke atas pesakit yang memerlukan rawatan
* Memeriksa, mendiagnos dan merawat penyakit ringan
* Memberi kaunseling/pendidikan kesihatan kepada pesakit atau masyarakat setempat
* Memberi rawatan awal kes-kes kecemasan

ii. Perkhidmatan Khusus

Memberi perkhidmatan di pelbagai Jabatan Kepakaran dan program-program seperti berikut:

* Penjagaan Khusus di Unit-unit Khas dan wad-wad seperti Unit Ortopedik, Psikiatri, Kardiologi, Pembedahan Am, Bius dan Unit Rawatan Rapi, Urologi, Neurologi dan lain-lain Jabatan/Unit di Hospital.
* Menjalankan tugas-tugas pentadbiran dan mengendalikan latihan di jabatan atau program tertentu.



Juruteknologi Makmal Perubatan

Kerjaya Juruteknologi Makmal Perubatan memfokuskan kepada kajian atau penyelidikan yang digunakan untuk membantu dalam diagnosis, penentuan punca penyakit, cara kawalan dan juga penyembuhannya.

Selain itu bidang tugasnya membantu juga dalam kerja-kerja pembedahan mayat yang berkaitan undang-undang. Kerjaya seorang Juruteknologi Makmal Perubatan (JTMP) adalah menarik, mencabar dan sesuai bagi mereka yang mempunyai minat dalam teknologi sains gunaan.


DESKRIPSI TUGAS

Juruteknologi Makmal Perubatan memberi khidmat bantuan penting bagi penjagaan pesakit di hospital. Tugas hakikinya adalah melakukan analisis-analisis makmal serta menghasilkan keputusan-keputusan yang tepat yang boleh membantu Pegawai Perubatan membuat diagnosis terhadap sesuatu penyakit.



Juru X-Ray

Juru X-ray adalah ahli pasukan perubatan professional yang menggunakan sinaran untuk tujuan pengesanan kehadiran penyakit atau rawatan.

Penggunaan sinar X dengan tujuan mengesan kehadiran penyakit dikenali Pengimejan Diagnostik (Radiografi). Juru X-ray yang bertugas dalam bidang ini dikenali Juru X-ray (Diagnostik)

Penggunaan sinar X (bertenanga tinggi) dan sinar gama untuk memusnahkan sel-sel kanser dikenali Radioterapi. Juru X-ray yang bertugas dalam bidang ini dikenali Juru X-Ray (Terapi).




DESKRIPSI TUGAS

Juru X-ray Pengimejan Diagnostik:

*



Menghasilkan imej yang berkualiti bagi membantu pakar radiologi dalam pengesanan penyakit ;

*



Mengendalikan pemeriksaan :


*



Pengimejan Resonan Magnet (MRI)


*



Ultrasonografi (US)


*



Pengimejan Radionuklid (NM)


*



Tomografi Berkomputer (CT)


*



Angiografi dan


*



Pengimejan Digital;

*



Melakukan prosedur pengimejan di dewan bedah, wad-wad, unit forensik, pusat kesihatan dan Jabatan Traumatologi dan Kecemasan;

*



Memberi jagaan berkualiti kepada pesakit;

*



Mengamalkan perlindungan sinaran;

*



Melaksanakan program kepastian kualiti (QA)

Juru X-ray Radioterapi:

*



Melakukan perancangan rawatan pancaran;

*



Memberi rawatan pancaran;

*



Menjaga keselamatan pesakit;

*



Menjaga kesihatan umum pesakit

*



Menggunakan, mengendalikan serta menjaga kelengkapan dan peralatan radioterapi;

*



Memberikan pendidikan kesihatan dan pengurusan rawatan kanser




Jururawat Pergigian
Kerjaya Jururawat Pergigian adalah merangkumi pengetahuan saintifik dalam bidang ilmu pergigian yang memfokuskan promosi kesihatan oral pada peringkat awal di kalangan kanak-kanak prasekolah, murid-murid sekolah rendah dan menengah serta warga tua supaya mereka mempunyai kesihatan oral yang optimum.




DESKRIPSI TUGAS

Jururawat Pergigian bertanggungjawab:

*



Memberi rawatan pergigian kepada kanak-kanak prasekolah, sekolah, kanak-kanak istimewa dan warga tua dalam aspek promosi, pencegahan, konservatif dan rehabilitasi (pemulihan) pergigian.

*



Memeriksa, mendiagnosis dan mengatur rawatan pesakit-pesakit di bawah penjagaannya dan merujuk kepada Pegawai Pergigian untuk tindakan selanjutnya.

*



Memberi pendidikan kesihatan oral dan penjagaan di rumah.


Pembantu Farmasi

Kerjaya Penolong Pegawai Farmasi merupakan pasukan yang bertanggungjawab dalam penjagaan kesihatan yang membantu memberi perkhidmatan penjagaan farmaseutikal kepada pelanggan di bawah penyeliaan Pegawai Farmasi.




DESKRIPSI TUGAS

Penolong Pegawai Farmasi akan ditempatkan di Hospital dan di Klinik Kesihatan Kerajaan. Seorang Penolong Pegawai Farmasi yang terlatih akan menjalankan tugas-tugas seperti berikut:-

* Menginden, menerima, menyimpan dan mendispen ubat-ubatan di perkhidmatan kaunter farmasi.



* Menyediakan/membancuh persediaan ubat-ubatan perubatan.

* Menyediakan dan membekal persediaan farmaseutikal ke wad dalam perkhidmatan wad farmasi/satelit farmasi.


Penolong Pegawai Kesihatan Persekitran

Kerjaya Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran meliputi aspek pengawalan, pencegahan dan penguatkuasaan undang-undang dalam aktiviti-aktiviti kesihatan umum seperti kawalan mutu makanan dan kawalan penyakit berjangkit serta kawalan penyakit bawaan vektor, kesihatan cara kerja, kesihatan antarabangsa, kebersihan alam sekitar dan aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan.

Graduan yang lahir kelak diharap mempunyai pengetahuan saintifik, teknikal, kemahiran insaniah bagi membolehkan mereka memahami, menganalisis dan melaksanakan prinsip-prinsip kesihatan persekitaran yang berkaitan.


DESKRIPSI TUGAS

Memberi perkhidmatan kepada unit-unit yang berada di bawah Kementerian Kesihatan atau agensi-agensi Kerajaan seperti berikut:

*



Kementerian Kesihatan Malaysia

*



Pihak Berkuasa Kerajaan Tempatan

*



Kementerian Pertahanan Malaysia

Tugas-tugas Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran :

*



Menguatkuasakan undang-undang, peraturan dan undang-undang kecil dibawah Ordinan dan Enakmen yang berkaitan kesihatan umum.

*



Mengawasi kebersihan alam sekitar

*



Mengawasi kebersihan alam sekitar

*



Menyiasat dan menyediakan laporan ke atas semua kes penyakit berjangkit

*



Keselamatan dan kesihatan sosial termasuk kesihatan luar bandar

*



Penyakit berkaitan cara hidup

*



Menjalankan aktiviti-aktiviti pendidikan kesihatan umum seperti ceramah kepada Institusi Kerajaan, Swasta dan Badan-badan Sukarela.


Fisioterapi

Jurupulih Perubatan (Anggota) adalah satu kerjaya yang memberi penekanan kepada aspek penjagaan kesihatan yang berkaitan dengan penilaian, pengendalian dan pemulihan fungsi fizikal dan pergerakan tubuh manusia.




DESKRIPSI TUGAS

Seorang ahli fisioterapi bertanggungjawab membuat penilaian dan menentukan kesesuaian sesuatu skim rawatan terhadap seseorang pesakit.

Ahli fisioterapi perlu:

* kefahaman terperinci berkenaan fungsi tubuh manusia ;



* pengetahuan berkaitan penyakit, kecederaan dan proses penyembuhan;

* kebolehan membezakan postur, imbangan dan pergerakan yang normal dan tidak normal;



* menggunakan kemahiran dalam rawatan seperti “massage”, ”acupressure” dan manipulasi;

* membantu doktor menentukan jenis penyakit, misalnya menguji dengan cara elektrik



* pemulihan anggota dengan menggunakan senaman, cahaya elektrik, ais, urut dan karan/elektrik.

* menggunakan alat bantuan berjalan, ”splints” dan “appliances” untuk rawatan serta melatih pesakit dan penjaga penggunaan alatan dengan betul



* memberi pendidikan kepada pesakit


Jurupulih Perubatan (Carakerja)

Jurupulih Perubatan (Carakerja) adalah satu kerjaya yang memberi fokus kepada rawatan pemulihan ke atas individu yang mengalami kecacatan anggota, gangguan mental, berpenyakit dan uzur untuk menjalani kehidupan berdikari, produktif dan bermakna.


DESKRIPSI TUGAS

Jurupulih Perubatan (Carakerja):

* Menyediakan dan mengendalikan program rawatan yang disesuaikan dengan keperluan pesakit bagi mempertingkatkan keupayaan pesakit dalam menjalankan aktiviti harian.

* Mengendalikan penilaian dan mencadangkan pengubahsuaian yang perlu ada kediaman, persekitaran dan tempat berkerja untuk membolehkan pesakit hidup berdikari.



* Memberi preskripsi dan latihan menggunakan alat-alat bantuan sementara/kekal berdasarkan keperluan pesakit.

* Memberi pendidikan, nasihat serta cara penjagaan yang berkesan dan selamat kepada pesakit, ahli keluarga dan penjaga.
 
GOOD LUCK TO THOSE PERSON YG AKAN DI TEMUDUGA UNTUK SPA EK..

My SPA interview!!!

Name: NUR SYAFIQAH MOHD. AAZAHALPosition apply: Medical Assistant(M.A)
Interview place: Penjara Seremban, Negeri Sembilan

Start at 8.00 a.m till 9.00a.m is objective question on my INTEREST.
Start 9.00a.m the real interview started..



The objective question is really easy, just asked 'bout our INTEREST IN SOMETHING..such SKILL..
in everything.. just 'bout ourself..


The Interview::
2 Panel (both woman)
1st Question: Tell me about yourself?


I'm answering with full confidence.. with full English Language..
Actually i didn't expect that the interviewer will ask in ENGLISH.
So, in shock,, just give the slumber face. then answer jela...

2nd Question: Tell me the M.A job?? what they should do??

Fuh,, susah o0o.. tpi seb baek dh hafal.. tpi jawab dlm BAHASA MELAYU la..
he.. x tau nak jawab dlm bhsa INGGERIS,, sbb dh hafal tugas2 tu dalam bahasa MELAYU..
pening tol.. seb baek leyh jwb dlm bhsa melayu..


Yang best nyerh dierh tnye soalan 2 je.. pas2 dierh tnye ade soalan x?? pas2 tnye la pape pon.. jnji bertnye..
Dh sudah 2 je.. SENANG en.. he3.. GUD LACK LA SPE YG BAKAL DI INTERVIEW..

Saturday 7 May 2011

Diploma SAINS.. UiTM Kuala Pilah

Subjek Diploma Sains (AS120)

Bahagian 1

BEL120 - Consolidating Language Skills
CTU101 - Fundamentals of Islam
BIO120 - Introduction to Biology
CHM110 - Introduction to Chemistry
PHY110 - Mechanics 1
MAT133 - Pre-Calculus
KKR - Co-Curriculum 1

Bahagian 2


BEL260 - Preparatory Course for MUET
CTU151 - Islamic Thought and Civilization
BIO150 - Metabolism and Cell Division
CHM159 - Physical Chemistry 1
PHY150 - Electricity and Magnetism
MAT183 - Calculus 1
KKR - Co-Curriculum 2

Bahagian 3

BEL311 - English for Academic Purposes
CTU211 - Science and Technology in Islam
CHM201 - Physical Chemistry 2
BIO200* - Introduction to Tissues, Classification of Living Things and Ecology
PHY210** - Mechanics 2 and Thermal Physics
MAT238 - Calculus 2

Bahagian 4

CSC134 - Computer and Information Processing
CHM257 - Organic Chemistry 1
BIO250* - Systems and Maintenance (Plants and Animals)
PHY250** - Geometrical Optics
QMT110 - Statistics 1

Bahagian 5

CSC317 - Internet Programming
BIO300* - Biological Techniques and Skills
BIO310* - Introduction to Human Biology
CHM301* - Organic Chemistry 2
PHY310** - Modern Physics
PHY340** - Electronics
MAT263** - Introduction to Linear Algebra
QMT210** - Statistics 2

Bahagian 6

BEL312 - English for Occupational Purposes
ETR300 - Basic Entrepreneurship
BIO320* - Introduction to Biological Diversity
CHM350* - Chemical Analysis
CHM360* - Inorganic Chemistry
PHY350** - Physics Lab
PHY351** - Material Science
MAT338** - Further Mathematics for Scientists

* Major in Biology
** Major in Physics